26 January 2011

Guru Sami.

Macam mana you nak tahu yang you sudah hebat memandu kereta? Senang je. Kalau driving instructor you sedang tidur sewaktu you memandu, maksudnya you sudah hebat. Yeah. Syabas!

Ini cerita tahun 2008 punya.

Dulu, masa 1st time mahu ambil lesen, ramai orang jalanan (motorists) marah dengan i sebab drive slow. Tetapi diaorang harus maafkan i sebab i hanya student driver.

Guru Sami, driving instructor i, selalu mengulangi point yang sama dua kali. Macam kalau i lupa nak pasang signal;

" You kena pasang signal, dik, bila nak tukar lane. "

" Okay2. Sorry2. "

" Kalau nak tukar lane, dik, you kena pasang signal. "

" Sorry2. Okay2. "

i boleh bayangkan kalau dia order nasi lemak;

" Itu sambal, kak, kasi lebih. Kasi lebih, kak, itu sambal. Kasi lebih itu sambal, kak. Kak, itu sambal kasi lebih. Lebih kasi sambal itu, kak."

Guru Sami bagaikan Yoda versi tinggi, middle-age dan buncit. Ya, dia tinggi tetapi dia sangat sensitif dan mungkin nerd di kalangan driving instructors sebab ramai instructors lain malas nak layan dia. Sekolah memandu ni macam sekolah biasa jugak. Semua orang ada geng sendiri. Semua orang, kecuali Guru Sami.

Mungkin sebab dia selalu ulang point yang sama banyak kali orang malas nak layan dia kot. Cuba bayangkan kalau dia jumpa kawan dia;

" Hei, Mat! You apa khabar? "

" Sami! Saya.."

" Hei, you apa khabar, Mat? "

" Saya.."

" Apa khabar you, Mat. Hei! "

" .... "

Itulah dia, lifestyle Guru Sami the Driving Instructor. Memiliki kerja yang paling bosan dan stressful tetapi masih buncit dan gembira ( i tak tau la dia gembira ke tak) dan i hormat dia sebab bagi i, dia still awesome..macam i.

i nak tido. Goodnight. Chow.

Chow. Goodnight. i nak tido.

4 comments:

terangsang?