16 January 2011

Brader tiket bas yang celaka.

i tiba di Penang Sentral. Jam menunjukkan pukul 12 tengahari. i kena cepat cepat naik bus Rapid Penang untuk sampai ke Kepala Batas. Hajat hati mahu jumpa awek disana, biasalah bukan selalu dapat berjumpa. Turun je dari platform bas, i cepat-cepat cari jalan keluar. i lajukan langkah.

Ada amoi cantik berdada gebu tengah lepak depan bas, i buat tak tahu. Ada makcik offer kerepek ubi pedas suruh i beli, i buat tak tahu. Ada budak minta sedekah, i balas dengan senyuman. Senyum dikira sedekah juga.

i pilih jalan keluar menuju ke arah kedai makan persis medan selera seberang jalan sana. Ala, yang lalu depan kaunter jualan tiket bas banyak banyak tuh. Kat situ memang ramai penjual tiket bas tengah tunggu. i tak hairan sebab i baru je sampai. Buat apa nak beli tiket bas lagi? Lagipun, mana ada orang nak naik bus rapid kena beli tiket kat kaunter bukan?

i redah je laluan tu untuk keluar. Orang ramai jugak. Tiba-tiba ada sorang brader jual tiket bas ekspress datang dekat i slow-slow. Mungkin jual tiket bas ke Johor rasanya.

" Nak pegi mana bang?"
" Tak apa." i balas sambil buat gaya tangan menolak.

" Nak pegi mana bang?" sekali lagi beliau bertanya.
" Tak apa. Saya baru sampai Penang ni." i balas dengan harapan dia akan faham.

" Takpe..takpe...saya nak tau je. Abang nak pegi mana?" balas dia. Degil yarabbi.
" Tak apa." i buat gaya tangan menolak. i terus berjalan. Dia masih ikut di sebelah. Rimas.

" Abang nak pegi mana? Cakap je. Saya nak tau." dia desak i.
Dalam hati i berkata, apa ke bodoh mamat nih tak faham bahasa, tak kan nak suruh gua speaking mandarin pulak.
" Saya nak pergi Kepala Batas." i balas sambil berjalan.

Brader tadi diam membisu seketika, tengok i dengan muka minta pelempang.


Tiba-tiba


" Mana ada ada tiket pergi Kepala Batas!! " dia jerit pada i dengan pitching tinggi.

Semua orang sekitar pandang-pandang, seperti mahu melihat apa yang telah terjadi. Brader tersebut terus berambus dengan muka puas hati. Kalau ikut naluri, memang nak aja i bagi beliau makan tayar bas. Dah la tak kacak macam i. Stupid macam lembu pulak tu.




Kalau i la Mona Fendley, dah lama i kerat 14 badan brader tersebut. Tak tipu.

8 comments:

  1. sumpah annoying kan? dulu aku pernah kena gak;

    "nak pegi mana dik?"

    dah 3-4 kali gak aku refuse, last2 aku pun cakap la;

    "pegi pontian"

    die boleh plak reply;

    "pegi pontian beli tiket kat blablabla"

    gila celaka.igtkan nak tlong belikan ke ape ke.wadafak!

    ReplyDelete
  2. yes, tau takpa. sebab itu, tiada bezanya mereka dengan lembu. bodoh tak boleh nak diajar.

    ReplyDelete
  3. cakap jaa nak pegi matai..kalau nak ikot gak aku xtaw laa..haha

    ReplyDelete
  4. ayap; mati kottt. matai pun bolehh

    komang; ah you ni, ciom molot tak mau ngaku. haha

    ReplyDelete
  5. kalo la aku xkenal ko lelaki sejati dr blog ni............

    skali aku bc sure aku cop ko FONDAN.........seyes doh hahahaha

    hahahahh
    aku penah kene mcm ni ....kt JB....aku dh la 1st...mcm syial die desak...last2 aku buat bisu n pekak......then die blah.....ko try la pas ni k

    ReplyDelete

terangsang?