12 April 2012

Fatih budak jahat.

Fatih salah sorang kawan aku dalam kelas 4 Pintar sekitar tahun 2000. Muka bujur telur, hitam manis, rambut kerinting, telinga agak capang dan perangai yang selalu bajet hero. Kelas aku dalam ranking kelas budak-budak cerdik pandai. Kira okay lah tu kan, takde nampak bangang sangat. Dalam kelas terbahagi kepada beberapa geng. Geng Otai yang nakal serupa syaitan nirojjim, Geng Skema, dan Geng Baik yang terdiri dari pengawas sekolah dan pusat sumber, kuat mengampu cikgu juga.

Sifat berpuak-puak dan assabiyah ini sering membawa kepada pergaduhan dan berbalah antara geng. Itu perkara biasa. Cibai, sudah macam dalam filem KL Gangster .
Mengeluarkan kata-kata kasar atau kesat masa bergaduh nampak macam sudah besar habis, dan boleh mengentarkan pihak lawan, padahal ada yang sesetengah ahli geng tu belum sunat, apa lagi tumbuh rambut pubis.

" Siapa amik pensil shaker aku, pastu tak pulangkan, maka mak dia hitam! "

" Diamlah kau, dah la jongang macam arnab, gemuk macam babi. haha " - sambil lompat-lompat arnab dan mendengus serupa babi serentak untuk tambah efek.

Fatih, antara jaguh dalam pergaduhan. Kalau lawan mulut mencarut dengan dia memang takde chance nak menang. Jangan cuba-cuba cari masalah. Sudah berapa kali dia buat budak perempuan menangis teresak-esak. Nama pun otai. Ada satu hari, aku buat apa entah sampai dia bengang. Dia terus ejek nama ayah aku.

 Rosalinda ay amour.. ay amour~ "

Rosalinda ialah satu drama telenovela dari negara Mexico tayang kat TV3 setiap hari isnin sampai khamis pukul 3 petang. Sangat hits pada tahun 2000 ketika itu. Nama ayah aku Roszaind. Dia panggil aku Ikmal Fayadh bin Rosalinda, sambil nyanyi lagu tema telenovela Rosalinda tersebut dan gelek-gelek menari tarian Mexico. Macam lancau.


Mau seminggu juga lah diejek. Aku buat bodoh. Tiba-tiba satu hari dia datang dekat;

" Payad, jom lawan pemadam. Aku baru beli pemadam baru.. " kata Fatih.

" Siapa kalah kena bagi terus pemadam dia. Game sampai 5. Jom! " jawab aku.

Kecik-kecik sudah pandai berjudi. Nauzubillah. Lepas itu, dia tak panggil nama ayah aku Rosalinda sampai habis sekolah rendah. Tapi sekarang entah kat mana dia aku tak tahulah, moga-moga menjadi manusia yang berguna dalam masyarakat. Oh ya, siapa yang tak tahu lawan pemadam tu apa, zaman sekolah kau memang sangat membosankan.