"Rumah sudah siap, pahat masih berbunyi."
Kononnya kaum kerabat mereka paling hebat,
sebelum ini sembang kencang serupa angin taufan.
Kononnya mahu menegakkan dan menyebarkan dakwah islam itu dan ini,
tapi ada segelintir dari mereka juga yang menjatuhkan saudara islam sendiri
dengan caci maki sana dan sini.
Hubungan antara manusia itu tak akan boleh berdiri dengan masa yang singkat.
Ketika sesak perlukan orang di sekeliling, mula lah merata meraih simpati berkati-kati.
Jangan nak terlalu berharap, walaupun harapan setinggi gunung. Sebab apa?
Hubungan antara manusia tak berjalan seperti itu sama sekali.
"Bulat air kerana pembentung, bulat kata kerana muafakat."
Betapa cantiknya orang tua kita dahulu mengambarkan kepentingan permuafakatan,
persepakatan, dan istilah yang sering dilaung-laungkan hari ini
iaitu perpaduan.
Hidup ini perlukan semua orang.
Kalau mahu sorang-sorang, tempat kamu dalam hutan sana.
p/s: Aku ingat nak try berkecimpung dalam dunia politik bila sudah besar nanti, aku target majoriti yang mengundi aku dari gadis dan wanita. Golongan mereka paling ramai dari lelaki sekarang. Dengan kelebihan yang aku ada, sebagai contoh muka aku macam Aaron Aziz, berkaliber, berjiwa kepimpinan, penuh dengan budi pekerti, apa lagi kamu mahu? Aku yakin chance menang dalam pilihanraya sangat tinggi. 99 persen mungkin.
Amacam? kahkahkah! .