[ Keunggulan Permaisuri - Part III ]
Point saya ialah: sebelum bersuara, sediakan satu suasana kondusif yang tidak membenarkan mereka berfikir ke arah apa yang saya cakap tadi. Tapi kalau strategi anda kurang berjaya dan dia end up tanya juga, sediakan jawapan yang sekukuh tembok besar China.
Ajak dia jogging selepas anda jeling satu makwe slim ketika ber-dating bukanlah salah satu jalan, dari banyak jalan yang ada untutk menuju kehidupan bahagia. Ini for sure.
Anda guna ayat yang bagaimana?
Kalau anda tidak dipengaruhi TV, anda akan perasan dalam realiti komunikasi pakwe-makwe, seorang makwe yang mahu ajak pakwe dia tengok wayang tidak simply kata ke pakwe dia " mari kita tengok wayang, Ali ". Hampir setiap keinginan dalam kepala makwe (yang ada kaitan dengan pakwe of course) dizahirkan ke dunia nyata sebagai sebuah 'operasi' yang mengandungi beberapa 'misi'. Objektif akhirnya ialah keinginan mereka tadi.
Bila keinginan mereka ialah pergi tengok wayang, behold. Sama ada anda suka atau tidak, sebelum mereka sampai ke objektif terakhir itu anda akan diheret dengan pelbagai drama dan persoalan. Itu semua part of mission mereka.
Kalau anda play it wrong lalu gatal-gatal cuba connect the dots misi-misi ini secara logik empirikal, anda hanya buang masa dan menyebabkan objektif tengok wayang further 2-3 jam kemudian, which is in itself;
adalah satu pembuangan masa.
Dengan kata lain yang lebih mudah, bolehlah dikatakan secara longgar yang the whole shebang hasrat mahu tengok wayang mereka ini adalah sebuah acara 'game show' komunikasi.
See?
[ bersambung...]
No comments:
Post a Comment
terangsang?