23 February 2010

Tuntutlah ilmu sampai negara China..

Oh aku sekarang tengah sibuk macam lipas kudung, sungguh kelam kabut. Sepurnama lagu mahu exam, lebih kurang lagi satu minggu. damn. Belajar dalam bab-bab medik ini sumpah susah, tiada sikit pun yang senang. Tapi cita-cita masa kecik nak jadi dokter. Kemahuan jadi bomba dan polis ditolak ketepi. Itu cita-cita budak yang belum matang sikit sikit bomba, sikit sikit polis, biasala belum mumayiz lagi masa itu. Inilah padahnya dulu-dulu rajen sangat tengok rancangan MedikTV kat tv3 setiap hari sabtu. Buku fisiologi, histologi, dan seangkatan yang laen, aku rasa macam nak buat masak kicap sahaja. Kalau direbus, tak terminum aku nanti.

Biasalah tertekan, memang macam ini. tapi aku ade masa lagi nak tulis kat blog ni. Lagilah macam membuang masa. Aku cuba mencari alasan, mungkin boleh lepaskan tekanan dengan tulis apa-apa. Kononlah.. Ceh poodah!

Orang dulukala pernah berhikayat, tuntutlah ilmu sampai ke negara china. Aku sekarang tersesat di negara indonesia, jauh lari target. Aku tak kesah pun, yang penting niat. Setiap pekerjaan dimulakan dengan niat , barulah mendapat keberkatan dalam hidup.Teringat masa yang diluangkan bersama kaum kerabat keluarga di rumah masa cuti winter yang lepas, aku meluahkan perasaan pada mama.


"Mama,maafkan fayadh sebab tak boleh study sampai ke negara China, Indonesia sahaja yang boleh go mama.. minta maaf banyak-banyak.."

"Oh takpe anakku sayang.. fayadh sudah cuba yang terbaek kan? Indonesia pun ok ape.. tak payah la mama kena hantar duit banyak-banyak..semua murah bukan?"


Perbualan diatas cuma ditokok tambah, mama aku tak kedekut macam korang. Dia baek, baek sangat-sangat. Berbalik kepada exam, aku cuba buat bersungguh. Kali ini aku bukan cakap lebat, cuma agak poyo sahaja. Baca hari ini, besok lupa. baca hari besok, lusa lupa. Inikah lumrah manusia? diciptakan untuk lupa sentiasa. Baca buku, tutup buku, dan akhir sekali wak lu! betul-betul mencabar emosi dan perasaan hati manusia. Aku sekarang bukanlah tengah beremosi.


37 – B

41 – C

42 – C

47 – D


Apa yang kau fikir bila tengok nombor atas nie? Size bra? Celaka. Ingat aku tahu itu sahaja kah? Ini berkemungkinan nombor-nombor soalan yang bakal ditanya oleh rakan di dalam dewan peperiksaan nanti. Soalan yang tak sempat dijawab di hujung- hujung waktu yang diberi kian tamat. Aku sudah masak ranum dengan perangai budak-budak sekarang, mahu tiru sahaja, berusaha malas nak mampos. Aku nak sambung belajar ( inilah contoh orang yang kuat berusaha). Tiru macam saya.

3 comments:

  1. ahahaha...
    can't imagine if women r wearing those size of bra. giler lah..
    hahaha..
    :p

    ko kenal khairul hirzan??
    suruh dia study elok2. jgn tido je..
    :p

    ReplyDelete
  2. haha! :P

    owh khairul hirzan?
    dia memang kuat tido pun.. =.='

    ReplyDelete
  3. tadi aku tenampak Khairul Hirzan kat dalam bilik.dia sangat tekun belajar.

    Mungkin waktu tidur telah dikorbankan untuk sementara waktu.

    SEMENTARA WAKTU....

    ReplyDelete

terangsang?