08 May 2010

Happy Mak's Day. (edisi khas)

Aku yakin, semua sekarang tengah sibuk tulis pasal Hari Ibu atau didalam bahasa penjajah kita Mother's Day. Ya, kamu-kamu semua lah.  Baguslah begitu, sekurang-kurangnya, aku tahu kamu-kamu ingat akan mama, amma, mak, ibu, mummy atau ummi masing-masing. Dan kepada mereka yang sebaliknya, atau memang langsung tak tahu berkenaan dengan Hari Ibu, tak perlu gelabah dan kelam kabut, kau takkan ditarik kedalam neraka ataupun dijatuhkan status anak durhaka.

Ada orang cakap, tak manislah sambut hari-hari sebegini, konon-kononnya ada sejarah dan muslihat tertentu disebalik hari istimewa berkenaan, bla bla bla bla dan bla. Okay,sudah habis. Terpulanglah kepada diri sendiri, asal niat baik, mahu berbuat sesuatu untuk ibu kau. Itu sudah kira baek sangatlah. Sejuk perut mak kau, walaupun kau tahu yang kau sudah banyak kali menyusahkan hidup dia. Aku tahu, jangan nak tipu. Bagi aku, setiap hari adalah hari ibu. Sweet bukan?

Aku teringat cerita dulu-dulu, zaman pra-mumaiyiz.
Masa tuh bulan puasa, tengahari, panas memang lah macam sial, aku memang macam dalam keadaan darurat. Aku fikir konsep Rukiyah dalam Islam boleh digunapakai, jalan senyap-senyap pergi dapur, bunyi tapak kaki pun takda sikit pun, memang macam profesional lah katakan. Bukak peti ais, tengok air botol coca-cola yang semalam tak habis time bukak puasa. Pergh! iman bergoncang memang bukan maen hebat, tak perlu kau nak tanya sama angin apa sebab goncang.

Hati kering. Tengok line clear kiri-kanan, bukak botol air coca-cola cepat-cepat, aku terus tonggang. Mak aaaiii, dia punya sejuk memang sumpah nyaman gila, tambah lagi air coca-cola, layan habis. Aku macam terasa orgasm beberapa kali. Celaka. Dan-dan lah masa tuh mak aku datang dari elah mana entah, tuhan punyalah nak tunjuk balasan time tuh juga.

" Hah!! kamu buat apa nie fayadh?! Oooh..ponteng puasa yer." sergah mak.

Aku tergaman, air dalam mulut penuh lagi, memang tak dapat nak sorok-sorok dah. Aku cuba fikir taktik yang terbaek.

" Err..mak, fayadh tadi dah batal puasa lah.. sebab tulah fayadh minum"

" Batal puasa? kamu buat apa sampai terbatal tuh?" tanya mak.

Otak aku ligat fikir macam-macam helah, nak cakap terkeluar mani pada siang hari, mana mungkin, baligh pun belum lagi! Aku dengan yakin jawab.

" Err.. masa mandi tadi, fayadh terkentut dalam air la mak, batal puasa la kan kalau macam tu? kan? kan?"

" Yela tu.. kamu ni memang saja, banyak aja alasan. " mak mengomel.

Mak aku terus blah sambil buat muka tak puas hati. Aku rasa memang dah kantoi, alasan kentut dalam air memang tak kukuh langsung. Sejak bila pula rumah aku ada kolam renang, kolah pun takda, mandi pakai shower je la. Damn.
Besoknya pula, aku tengah sedap lepak-lepak tengok tv, tiba-tiba mak aku datang dan tanya.

" Fayadh..kamu tak kentut dalam air lagi ke hari ni?"

Tak terjawab aku soalan tuh, memang maut sungguh dan berbisa sekali. Aku rasa memang segan, malu, pilu semua. Masa tuh, niat dalam hati nak lari dari rumah terus memang ada. Sumpah kemaluan.
Aku nak pesan sikit kat kau orang, kalau bab-bab akidah syariah islamiah nih jangan berani nak main-main. Nahaslah kamu-kamu nanti.
Kalau nak tahu, mak aku bagi duit raya kat aku memang macam sikit dari tahun sebelumnya. Tapi mak cool, dia tak marah, dia sabar aja.

Sampailah sekarang, penulis yang kacak ni dah besar, dah boleh kahwin pun rasanya. hi hi hi. Mak aku sabar aja layan karenah anak-anak dia. Kau orang bayangkanlah, betapa besarnya pengorbanan mak kau masing-masing. Tak terbayang bukan?


kaseh seorang ibu.

Bagi seorang lelaki, ibu adalah teman wanita yang pertama. Kau kena bagi kaseh sayang secukupnya sebagai anak, layanlah dia seperti kau melayani kemanjaan teman wanita kau yang sebenar. Kalau kau bukan main asyik lagi ber- i love u, u love me dengan teman wanita kau, tak salah kalau buat macam tu kat ibu sendiri. Sesungguhnya, dia dah macam-macam buat untuk kau.

Aku cuma nak pesan, sayangilah mama, amma, mak, ibu, mummy atau ummi masing-masing. Hargai dan sayangilah mereka setiap hari, bukan hanya pada Hari Ibu semata-mata. Mudah-mudahan, kau akan tergolong  dalam anak yang soleh dan solehah.


notabawah: Oh ya, yang atas itu bukan gambar aku dengan mak aku. no no no. Mak siapa? Itu aku tak tahu. Mak kau kott..

8 comments:

  1. lain kali pakai la reason yg bernas skit..
    gastrik ke.. hahaaha

    ReplyDelete
  2. aku pun tak tahu gastik tu apa.
    macam mana nak cakap?

    ReplyDelete
  3. gambar tu sumpal touching gua. cis.

    ReplyDelete
  4. ya, aku tahu. ter-touching juga aku dibuatnya..

    ReplyDelete
  5. yg pmpuan tu aku yakin bkn mak ko.yg budak tu sejibik cam ko lah!eventho tutop pkai payung,sgt obvious okayyy :P

    ReplyDelete
  6. oit! tu bukan aku lah okayy.ceyh
    :(

    ReplyDelete
  7. sumpah ak touchin fayad.
    teringat ak curik duit mak aku beli reference book.

    ReplyDelete
  8. tipu lah beli reference book.
    kau beli benda laen, aku tahu.

    gel rambut?

    ReplyDelete

terangsang?