15 May 2010

how i met you mother

Tempoh hari aku menonton How I Met Your Mother. (Aku tak ada perasaan suka atau tak suka kepada siri tv itu..... Okay, aku tipu. Mungkin aku ada sedikit rasa tak suka. Mungkin sebab pelakon utama dia tak nampak macam pelakon sitkom. Aku tak tahu macam mana nak jelaskan)

Anyway, episod yang aku tonton itu mengisahkan mereka berempat hendak pergi meraikan malam tahun baru di lima majlis keramaian yang berbeza mengikut turutan. Bermula dengan party number 1, diikuti dengan party number 2 dan 3 dan 4 dan 5. Mereka menyewa sebuah limousine(ejaan aku tibai) berserta seorang pemandu untuk membawa mereka ke lima-lima majlis keramaian tersebut.

Tiba-tiba, salah satu dari empat sahabat itu, Lily, terpaksa meninggalkan mereka untuk pulang ke rumah sekejap sebab dia nak tukar kasut. Kasut yang dia pakai tu membuatkan dia sakit kaki dan tak selesa. Jadi mereka mengucapkan "Bye!" pada Lily sekeluarnya Lily dari limousine itu.

Bila mereka ucapkan "Bye!", sari kata Bahasa Malaysia di bawah skrin tertulis "Bai!". Penulis sari kata tu tak tahu ke bai dalam BM adalah nama panggilan untuk seorang lelaki Benggali?

Aku yakin yang mereka tahu bahawa Lily bukanlah seorang lelaki Benggali.

Aku rasa perkataan 'Bye' itu boleh dialih bahasakan menjadi 'Tata', sebab 'Selamat tinggal' panjang sangat.

Iya, 'tata' adalah perkataan BM yang bermaksud 'bye'.

Sebab tu pelajar-pelajar kita yang hendak menyambung pengajian ke luar negara kena pergi program Biro Tatanegara tu sebelum mereka ucapkan tata kepada negara.

Gila deep tak aku?



.....



Okay, tak.

3 comments:

  1. cilaka, mendalam jugak kau pikir ye

    ReplyDelete
  2. juice: gaya pemikiran anak muda mestilah kena mendalam.

    ReplyDelete
  3. KampungChelsea: saya memang minat bola, tapi yang tang 'chelsea' tuh, pantang sikit lah. sorry..

    ReplyDelete

terangsang?