30 May 2010

20th - Terima Kasih!



I cuba curi-curi masa sikit, tak berdosa kot kalau mencuri dalam bab-bab ni. Al maklumlah, orang busy memang gaya macam ini. Ada final exam la beb, kalau tak pass, you all semua nak tanggung kah? Tau takpa. Sorry la yee.. entri kali ini macam versi entri awek-awek sikit. hihi






























ffffffuuuuuuuuu.. Amacam, comel tak gadis atas ni? hihi. *sorry baby Yoona

Terima kasihlah kepada semua yang telah meng-wish-kan birthday i pada hari ini, sama ada melalui sistem pesanan ringkas, pesanan suara, fesbuk, surat layang dan macam-macam lagilah. Penat bukan main i nak main balas-balas komen kat fesbuk. Zac Effron la katakan. Girang sungguh hati. Oh ya, kepada gadis-gadis lain di luar sana, kalau you all nak kenal i lebih lanjut, ini fesbuk i; 


okay?, nanti bolehlah kita main mengomen sama-sama. ahakz. Perhatian: UNTUK GADIS-GADIS SAHAJA.

Dikesempatan ini juga, setelah diberikan peluang dan rezeki untuk bernafas dan hidup sampai sekarang di atas bumi yang sementara, i sudah semat kuat-kuat dalam hati, ingat nak jadi anak yang baik dan soleh, boyfriend yang penyayang (amboi..), manusia yang berguna, dan akhir sekali yang paling penting, menjadi hamba Allah yang sentiasa dirahmati. Harap-harap begitulah. Aminn.



TERIMA KASIH SEMUA! :)  



25 May 2010

aja-aja fighting! (versi korea)

Asal ada niat baik nak dikerjakan, ada-ada aja dugaan yang datang. Aku punyalah semangat berkobar nawaitu nak study, ini pun last minute punya pasal, celaka. Dan dan tu la datang macam-macam.

Kawan ketuk pintu ajak main futsal, aku ikutkan aja. Tak nak bagi kawan rasa kecik hati. Lagipun aku dah bosan bersukan sorang-sorang dalam bilik atas katil, berpeluh memang lah berpeluh, tapi kadang-kadang kena la tukar angin sikit ye tak? Okay no hal, jom main!

***********************

Tengah khusyuk baca, sikit pun aku tak toleh kiri kanan, lalat datang kacau aku buat dunno, dunia sekeliling aku lupakan. Tiba-tiba, dengar bunyi handset, awek mesej la pulak. Bukak mesej;

Hi fayadh..tengah buat ape? Love you. Mmuuaahh!

Aku balas mesej sambil senyum manja sorang-sorang;

I tengah study la sayang.. Love you too babe. Mmuaaahh!

Memang begitu. Makhluk diciptakan dengan berpasang-pasangan. Cinta kasih sayang lautan membara punya pasal. Okay tak mengapa.. aku tak kesah. Boleh sambung study balik. Perjuangan jihad diteruskan dengan membara.

***********************

Facebook, Myspace, Youtube, Redtube semua aku ketepikan buat sementara. Aku cuma bukak Google, itupun sebab alasan nak cari ilmu tambahan. Senang sikit kalau tak faham apa-apa yang dipelajari. Ya, aku memang rajin, aku tahu. Baru nak start taip search..

" Eh, ada Pac-man lah!"



Sialan. Buku-buku semua aku lupakan, fokus main. Benda ini memang melalaikan dan boleh buat kau ghairah lain macam, sumpah. Memang tak patut! Pac-man jahat. :(

Besok lusa aku ada ujian. Bersedia sebaik-baiknya. Semangat mesti ada.

Semoga hari itu akan mengejakulasikan semua orang! Yeaah!



Takziah kepada Usus Kecik atas pemergian tok wan beliau yang telah kembali ke Rahmatullah pada awal pagi tadi. Semoga rohnya dicucuri rahmat.
AL-FATIHAH.

20 May 2010

Aku dibius cinta.


Yoona (baby) - SNSD



Baby, i baru je tengok video klip u tu, Cabi Song (Carribean Bay).
 Rasa cemburu okay tengok u mesra-mesra dengan mamat korea lain. I tau u sexy dan hot , mamat tu tak boleh ke pergi ngorat orang lain? kecewa u.. nasib baik i tak ada kat situ.., kalau tak habis pecah-pecah muka dia i buat tau. Sabar je laa. Hurm..malam ni kita skype-ing okay. Miss u!






♥  XOXOXOXO!! ♥ 




Jangan ada sesiapa yang berani nak copy gambar-gambar baby i nih, pastu senyap-senyap sesorang pergi buat benda bukan-bukan dalam bilik atau tandas. Nanti muka kau pula yang pecah. Ggrr..

19 May 2010

Jeritan Batin

Aku tidak berniat untuk menulis hari ini, memandangkan exam pun sudah di sekeliling koner (around the corner) tetapi demi untuk mengekalkan populariti dan ditambah pula terlihat blog seorang gadis yang meluahkan cintanya di alam maya, aku menjadi sangat teruja. Teruja secara total. Sungguh diversity sekali fungsi blog. Kagum.

Sungguhpun begitu, ratapan-ratapan pembaca blog penulis kacak ini juga tidak dilupakan. Sampaikan ada yang menelefon penulis kacak ini bertanyakan kenapa tidak mengupdate blog ini *tipu sikit*. Terharu sungguh.

Terharu kerana mereka mempunyai masa untuk membaca blog selain dari menonton rancangan-rancangan realiti yang memakan kredit telefon mereka. Syabas inspector sahab syabas. Oh ya! Dengar kata, Shahir sekarang bukan main lagi jadi hot stuff dalam Akademi Fantasia? Ya kah? Sampai teman wanita aku pun tergedik-gedik gilakan dia dibuatnya. Damn u Shahir.

Kembali kepada topik asal. Kerana kebosanan secara maksima memaksa penulis kacak ini membaca beberapa blog belia-belia sekarang, yakni yang dikenali atau yang langsung tidak penulis kenal. Rata-rata penulisnya memang tidak kacak atau cantik.

Ini adalah rumusannya.

Kenapa orang (lain yang tidak kacak/cantik) menulis blog:-

Satu
Penulis blog itu tiada teman berbicara maka dia berbicara seorang diri di depan pc. Berkemungkinan kurang mendapat perhatian semasa kecil menjadikannya cenderung untuk meluahkan perasaannya di alam maya. Kemudian dia baca komen-komen dari orang lain - tersengeh,ketawa,marah.Ada gaya sewel sedikit.

Dua
Memang penulis blog itu sewel.
Contoh: dia tidak kacak sebenarnya tetapi mengaku dia kacak sekali tiada
tandingannya. (Memang tidak dinafikan tentang reliti dunia kini-tidak ramai di
dunia ini mempunyai wajah yang kacak seperti penulis blog ini) *aku tahu kau sudah bosan dengar*

Tiga
Penulis blog itu punya dua personaliti. Di alam maya dia Superman, tapi di luar sana hanyalah sekadar mat supir.(sila lihat kamus bahasa indonesia untuk mengetahui makna supir)

Empat
Dia mahu mengikut jejak langkah penulis blog kacak ini untuk menjadi orang yang popular dalam masa yang singkat. Jika ada sesiapa yang mahu menjadi popular seperti penulis kacak ini, silalah beritahu aku. Aku bukan jenis yang kedekut ilmu. Aku bukan seperti datuk K.(grr..)


p/s realiti: Sebenarnya, sesiapa saja penulis blog itu, dia telah mengilmukan
orang lain. Paling tidak dia menghibur. Syukur. Kepada semua penulis blog, janganlah menjadikan blog sebagai ruangan melepaskan semua kata-kata kesat dan beremosi mencarut disana-sini. Sikit sikit tak mengapa. Mungkin lebih baik berjumpa kaunseling atau siapa-siapa, mana tahu mungkin lebih berkesan?

Aku rasa macam sudah banyak sangat air ludah sendiri jatuh kat muka ni. Tapi macam Azwan Ali si nyah pot pet itu cakap, "Ada aku kesah?"

Sebenarnya aku memang dah lama pendam perasan membara kat Azwan Ali ni. Geli macam celaka. Pundek betul. Err..



Selamat Malam!

15 May 2010

how i met you mother

Tempoh hari aku menonton How I Met Your Mother. (Aku tak ada perasaan suka atau tak suka kepada siri tv itu..... Okay, aku tipu. Mungkin aku ada sedikit rasa tak suka. Mungkin sebab pelakon utama dia tak nampak macam pelakon sitkom. Aku tak tahu macam mana nak jelaskan)

Anyway, episod yang aku tonton itu mengisahkan mereka berempat hendak pergi meraikan malam tahun baru di lima majlis keramaian yang berbeza mengikut turutan. Bermula dengan party number 1, diikuti dengan party number 2 dan 3 dan 4 dan 5. Mereka menyewa sebuah limousine(ejaan aku tibai) berserta seorang pemandu untuk membawa mereka ke lima-lima majlis keramaian tersebut.

Tiba-tiba, salah satu dari empat sahabat itu, Lily, terpaksa meninggalkan mereka untuk pulang ke rumah sekejap sebab dia nak tukar kasut. Kasut yang dia pakai tu membuatkan dia sakit kaki dan tak selesa. Jadi mereka mengucapkan "Bye!" pada Lily sekeluarnya Lily dari limousine itu.

Bila mereka ucapkan "Bye!", sari kata Bahasa Malaysia di bawah skrin tertulis "Bai!". Penulis sari kata tu tak tahu ke bai dalam BM adalah nama panggilan untuk seorang lelaki Benggali?

Aku yakin yang mereka tahu bahawa Lily bukanlah seorang lelaki Benggali.

Aku rasa perkataan 'Bye' itu boleh dialih bahasakan menjadi 'Tata', sebab 'Selamat tinggal' panjang sangat.

Iya, 'tata' adalah perkataan BM yang bermaksud 'bye'.

Sebab tu pelajar-pelajar kita yang hendak menyambung pengajian ke luar negara kena pergi program Biro Tatanegara tu sebelum mereka ucapkan tata kepada negara.

Gila deep tak aku?



.....



Okay, tak.

13 May 2010

Ini bukan Tragedi Bukit Kepong.

“Awek keling tu juga kau usha..takda orang lain kah” kata Ikmal Fayadh kepada Mawi yang suka perasan badan tegap sasa sedangkan beliau boroi.

“Bila masa lak Usha Nanteni tu keling…apa kebende kau ni….abih tu yang kau usha awek yang cute tu pehal lak, Usha Nanteni tu 1000 kali lagi cun dari anak cina kampung kau tuh” balas Mawi.

“Muka macam kene langgar dengan lokomatif…tu pun nak usha Usha kah?” tambah Ikmal Fayadh dan tersenyum puas.

Padahal Usha Nanteni tu memang keling asli, dengar nama pun sudah tahu yang dia bukan celup punya. Pundek sungguh kenyataan Mawi. Ada masalah personaliti agaknya.
Walaupun perbualan tersebut berbaur perkauman, ia adalah kisah benar. Aku tak tipu.

Keling, perkataan paling mudah untuk menggambarkan kaum India di sini. Kebanyakan masa digunakan untuk dijadikan bahan makian. Tidak percaya? Welcome to Bolehland.

“Pundek la, cakap macam keling”  ini untuk menggambarkan cakap putar belit. Silap. Yang putar belit bukan kerja keling. Ia adalah kerja rasmi menteri dan calon pilihanraya. Kejap harga minyak akan diturunkan, sekejap lagi kata negara akan miskin kalau diturunkan. Beruk sungguh. Ahh, kan aku sudah melalut.

Hubungan kaum India dengan kerajaan menjak dua menjak ini sedikit tegang akibat permintaan yg merapu dari sesetengah wakil kaum India yang berbau perkauman yang dilepaskan kepada kerajaan dan Britain. Dengar-dengar, minta gantirugi beberapa trillion dari Maharani negara penjajah itu. Pehh trillion tuh.

Seperti yang diketahui, di India, rakyatnya suka berpiket. Tetapi apa yang mahu kita hairankan, jika sekiranya bekalan buah manggis berkurangan sekali pun, rakyat India akan berpiket. Sudah itu kegemaran mereka. Hobi mungkin. Seperti budak-budak hijau putih dan biru putih di sini, sikit-sikit piket, sikit-sikit piket. Bina sekolah piket, robohkan sekolah nak piket. Kemudian balik rumah dan tidur sehingga ada isu baru yang perlu di piketkan. Macam celaka. Isu Siti Nurhaliza kenapa bertudung misalnya. Lumrah.

Yang Cina pula sibuk dengan kumpul harta. Oh ya, Ah Long jangan dilupa.

Sifat perkauman memang tidak dapat dipisahkan dalam semua diri manusia. Sifat ketuanan terlampau adalah penyebabnya. Yang mengekangnya adalah sifat ingin atau cuba memahami agama dan budaya kaum lain. Kalau tidak, memang berulanglah segala bentuk peperangan antara kaum.

Banyaknya masalah perkauman berlaku asalnya adalah kerana ketidakmahuan menghormati agama dan budaya orang lain. Ketidak-terimaan kaum lain sebagai warga sejagat negara, malah negeri. Orang Islam di sini di wakili sebahagian besarnya oleh kaum Melayu. Walaupun ada kedengaran ada Melayu yang tidak Islam. Mungkin kebanyakan melayu memang tidak Islam sebenarnya. Hanya sekadar nama. Maaf itu bukan topik sekarang.

Kembali kepada topik asal, tidak kiralah yang datang dari mana,mereka tetap Islam. China, India, Indonesia, Bangladesh, Pakistan, Kelantan, atau mana-mana negara sekalipun. Mereka membawa adat dan budaya mereka sebagai adat dan budaya Islam. Ingatlah bahawa semua manusia yang hidup di bumi ini berpunca dari ibubapa yang sama, Nabi pertama kita.

Satu-satunya cara untuk menghapuskan sifat perkauman,adalah dengan sifat tidak peduli. Tidak peduli dengan bangsa kita. Kaum kita. Kerabat kita. Asal usul kita. Mungkin kamu dari parti keris dan berasa cemas mendengar penyataan ini. Cuak kerana selepas ini tidak dapatlah lagi untuk mencium keris di depan orang ramai yang bertepuk tangan. Tetapi jikalau kamu serius dan bersungguh hendak menghalang perang kaum atau rusuhan secara total, hanya inilah caranya. Agama penulis pun menyarankan sebegitu.

Sebentar.

Kamu ada pilihan kedua. Kamu boleh saja makan minum apa saja, termasuk berkongkek dengan sesiapa saja,jangan fikir halal haram, jangan fikir orang lain. Aku percaya kamu-kamu semua akan di terima dikalangan mereka.

Pilihan ada di tangan kau. Sepertimana kau disarankan untuk membina masyrakat 1 Malaysia, kau juga diberi peluang untuk berfikir. Fikirlah melebihi batas kaum, bangsa, darjat, harta, pangkat itu semua. Berfikir dan bercampurlah dengan kaum-kaum yang lain. Tidak hanya suka pada materialistik semata-mata. Ataupun hanya melihat sahaja pada raut wajah yang kacak ataupun cantik. Sesungguhnya tiada sesiapa mukanya yang lebih kacak dari penulis ini. Terima sahajalah kebenaran itu.

Sama-sama beringat pada tragedi 13 Mei yang lalu. Sebenarnya, aku sudah naik muak dan menyampah pasal benda "tragedi berdarah" ini. Tapi apa boleh buat, ia sejarah. Kalau tiada sejarah itu, tiada lah kehormonian yang kau rasa pada masa sekarang.


Sekian.




-Posted using BlogPress from my iPhone-




12 May 2010

Untuk lelaki dewasa sahaja.




kepada kamu-kamu yang belum lagi mumaiyiz apatah lagi baligh, boleh pergi main jauh-jauh sana, belum sampai masanya lagi. 

08 May 2010

Happy Mak's Day. (edisi khas)

Aku yakin, semua sekarang tengah sibuk tulis pasal Hari Ibu atau didalam bahasa penjajah kita Mother's Day. Ya, kamu-kamu semua lah.  Baguslah begitu, sekurang-kurangnya, aku tahu kamu-kamu ingat akan mama, amma, mak, ibu, mummy atau ummi masing-masing. Dan kepada mereka yang sebaliknya, atau memang langsung tak tahu berkenaan dengan Hari Ibu, tak perlu gelabah dan kelam kabut, kau takkan ditarik kedalam neraka ataupun dijatuhkan status anak durhaka.

Ada orang cakap, tak manislah sambut hari-hari sebegini, konon-kononnya ada sejarah dan muslihat tertentu disebalik hari istimewa berkenaan, bla bla bla bla dan bla. Okay,sudah habis. Terpulanglah kepada diri sendiri, asal niat baik, mahu berbuat sesuatu untuk ibu kau. Itu sudah kira baek sangatlah. Sejuk perut mak kau, walaupun kau tahu yang kau sudah banyak kali menyusahkan hidup dia. Aku tahu, jangan nak tipu. Bagi aku, setiap hari adalah hari ibu. Sweet bukan?

Aku teringat cerita dulu-dulu, zaman pra-mumaiyiz.
Masa tuh bulan puasa, tengahari, panas memang lah macam sial, aku memang macam dalam keadaan darurat. Aku fikir konsep Rukiyah dalam Islam boleh digunapakai, jalan senyap-senyap pergi dapur, bunyi tapak kaki pun takda sikit pun, memang macam profesional lah katakan. Bukak peti ais, tengok air botol coca-cola yang semalam tak habis time bukak puasa. Pergh! iman bergoncang memang bukan maen hebat, tak perlu kau nak tanya sama angin apa sebab goncang.

Hati kering. Tengok line clear kiri-kanan, bukak botol air coca-cola cepat-cepat, aku terus tonggang. Mak aaaiii, dia punya sejuk memang sumpah nyaman gila, tambah lagi air coca-cola, layan habis. Aku macam terasa orgasm beberapa kali. Celaka. Dan-dan lah masa tuh mak aku datang dari elah mana entah, tuhan punyalah nak tunjuk balasan time tuh juga.

" Hah!! kamu buat apa nie fayadh?! Oooh..ponteng puasa yer." sergah mak.

Aku tergaman, air dalam mulut penuh lagi, memang tak dapat nak sorok-sorok dah. Aku cuba fikir taktik yang terbaek.

" Err..mak, fayadh tadi dah batal puasa lah.. sebab tulah fayadh minum"

" Batal puasa? kamu buat apa sampai terbatal tuh?" tanya mak.

Otak aku ligat fikir macam-macam helah, nak cakap terkeluar mani pada siang hari, mana mungkin, baligh pun belum lagi! Aku dengan yakin jawab.

" Err.. masa mandi tadi, fayadh terkentut dalam air la mak, batal puasa la kan kalau macam tu? kan? kan?"

" Yela tu.. kamu ni memang saja, banyak aja alasan. " mak mengomel.

Mak aku terus blah sambil buat muka tak puas hati. Aku rasa memang dah kantoi, alasan kentut dalam air memang tak kukuh langsung. Sejak bila pula rumah aku ada kolam renang, kolah pun takda, mandi pakai shower je la. Damn.
Besoknya pula, aku tengah sedap lepak-lepak tengok tv, tiba-tiba mak aku datang dan tanya.

" Fayadh..kamu tak kentut dalam air lagi ke hari ni?"

Tak terjawab aku soalan tuh, memang maut sungguh dan berbisa sekali. Aku rasa memang segan, malu, pilu semua. Masa tuh, niat dalam hati nak lari dari rumah terus memang ada. Sumpah kemaluan.
Aku nak pesan sikit kat kau orang, kalau bab-bab akidah syariah islamiah nih jangan berani nak main-main. Nahaslah kamu-kamu nanti.
Kalau nak tahu, mak aku bagi duit raya kat aku memang macam sikit dari tahun sebelumnya. Tapi mak cool, dia tak marah, dia sabar aja.

Sampailah sekarang, penulis yang kacak ni dah besar, dah boleh kahwin pun rasanya. hi hi hi. Mak aku sabar aja layan karenah anak-anak dia. Kau orang bayangkanlah, betapa besarnya pengorbanan mak kau masing-masing. Tak terbayang bukan?


kaseh seorang ibu.

Bagi seorang lelaki, ibu adalah teman wanita yang pertama. Kau kena bagi kaseh sayang secukupnya sebagai anak, layanlah dia seperti kau melayani kemanjaan teman wanita kau yang sebenar. Kalau kau bukan main asyik lagi ber- i love u, u love me dengan teman wanita kau, tak salah kalau buat macam tu kat ibu sendiri. Sesungguhnya, dia dah macam-macam buat untuk kau.

Aku cuma nak pesan, sayangilah mama, amma, mak, ibu, mummy atau ummi masing-masing. Hargai dan sayangilah mereka setiap hari, bukan hanya pada Hari Ibu semata-mata. Mudah-mudahan, kau akan tergolong  dalam anak yang soleh dan solehah.


notabawah: Oh ya, yang atas itu bukan gambar aku dengan mak aku. no no no. Mak siapa? Itu aku tak tahu. Mak kau kott..

05 May 2010

Indonsial

Aku juga bersemangat nasionalisme dan patriotisme. Bukan hanya jiwa hati gadis dan romantik semata-mata. Bertuah bukan ada rakyat Malaysia yang macam aku ini?

Aku tahu, mereka mengaku yang negara mereka (Indonesia) iaitu sebuah negara yang besar, membangun, dan bakal menjadi negara yang disegani oleh negara lain di mata dunia ini pada satu hari nanti. Mereka juga memuji yang mereka merdeka dengan semangat patriotisme kental yang lahir dalam diri masing-masing, sanggup berkorban habis-habisan, tak sama macam Malaysia, dapat kemerdekaaan dengan cara lembut melalui rundingan, dan mereka kata cara itu macam pondan dan lembik. Dan mereka juga dengan megah serta riak mengatakan negara mereka lah yang paling hebat, paling kuat, paling apa-apa ajalah, itu dan ini.

Aku cuma akan jawab; Ada aku kisah? Pergi matilah sama kau orang.

Sekurang-kurangnya, negara aku tak macam kau punya. Cakap besar tak serupa bikin, tak tahu malu, senang sikit lupa diri, sudah kena musibah baru lah terhegeh-hegeh datang minta tolong. Itu memanglah macam celaka. Setakat lagu cari jodoh kau popular kat Malaysia baek tak payah. Kau tak tahu yang kau punya rakyat sudah berlambak merempat kat Malaysia, lepas itu kau nak bajet macam itu negara kau juga kan? Lagilah celaka.

Duit, duit dan duit. Itu ajalah yang kau tahu. Habis duit rakyat aku bagi kat kau buta-buta macam tu aja, dengan duit-duit simpanan kahwin sekali aku terpaksa usik. *tak sabar nak kahwin*
Ah sialan. Aku syak pihak pak imigration tuh, mintak duit lebih sebab nak beli barang-barang persiapan raya nanti. Yela, raya dah nak dekat, tinggal berapa bulan aja. Langsir nak kena beli baru, baju-baju raya belum tempah, sofa-sofa yang dah koyak mestilah nak kena ganti, nak beli lampu yang kelip-kelip tuh lagi. Mana nak korek duit? Amboi.. ooooo sebab tulah kau orang korek duit aku? Fuck betul lah you all ni.




Aku rasa macam nak jadikan Nordin Mat Top itu idola aku, bagi bom habis satu Medan ni.
Amacam? Ada yang mau ikut?
  

03 May 2010

Aku seorang lelaki yang mahu menyintai dan dicintai..

Semua orang ada gaya dan citarasa sendiri. Hmmm i? lebih terjerumus ke arah lelaki maskulin, lelaki hati gadis, gagah berani, comel gila-gila, jambu, kacak dan bergaya. Prinsip hidup "Mutu dan Keunggulan", itu yang penting dan sering diutamakan dalam setiap penampilan. Tak percaya, tengoklah sendiri. Meletopp yaww!!




berdiri dari kiri: ajis bajet muka cute macam teddy bear, anak pak cik ahmad, zac effron @ fayadh (penulis kacak), peter ronald mcdonald, lee chong wei
.


Kepada semua gadis-gadis diluar sana, u all boleh kalau nak contact, or mesej-mesej  i. Silalah tanpa malu-malu tinggalkan komen dibawah, Jangan lupa bagi nama penuh,no phone, umur, alamat dan email sekali okay? Tak mau combunk-combunk (sombong-sombong) tau..

kih kih kih



notabawah; Yes, kau mesti terasa berbulu bila baca tajuk entri ni bukan? Aku tahu.