09 June 2010

Egois Maniac

Tidak lama dahulu, keluar larangan merokok. Ada pula yang sanggup menyamakannya dengan meminum arak. Perangai jin mungkin. Addictive kata orang London. Itu aku setuju. Kerana rakyat memang perlu diajar dan pemerintah perlu mengfatwakan sesuatu untuk memberitahu rakyat dengan lebih berkesan. Tetap tidak terlaksana jua kini kerana percanggahan pendapat para ahli ugama disesetengah negeri. Kerana konsep Islam berhari-hari barangkali (bukan Islam Hadhari). Entah lah.

Sebelum ini, sudah keluar larangan wanita untuk menyerupai kaum lelaki. Kelakarnya ada pula puak yang ingin menuntut bela. Hahaha. Kamu-kamu semua memang terbukti bebal sungguh. Maaflah kalau terkasar bahasa, tapi kalau sudah lahir sebagai perempuan, terima sahajalah. Aku tahu jauh di lubuk hati kamu rasakan bahawa kaum lelaki adalah istimewa.

Seistimewa penulis kacak ini.

Kerana wujud puak-puak yang suka berpiket seperti kamulah, wujudnya golongan pertengahan yang masih kecelaruan jantina mereka. Kamu ingat ini Bangladesh ke, sikit-sikit nak berpiket.

Sekarang keluar pula yang lain. Aku pasti ahli ugama sekarang lebih bekerja keras berbanding dahulu. Tidak hanya pada menangkap rakyat yang sedang kongkek, merakam serta menyiarkannya di tiub-awak mahupun tiub-merah. Maaf, bahagian penyiaran itu bukan kerja mereka, itu kerja budak-budak rempit yang mencuri video dari mereka. Itulah, ikutkan sangat perangai dari filem V3 dan KL Menjerit. Oh ya..filem yang akan datang; Lagi-Lagi Rempit.

Sampaikan yoga pun hendak di hu ha kan. Apakah kamu tiada kerja lain? Aku bukan tanya ahli ugama, aku tanya pada kamu-kamu rakyat kebanyakan ini. Semua hendak memberi komen. Mahu tunjuk hero barangkali. Untuk pada kebanyakan kamu-kamu (yang tidak sekacak penulis), aku yang bijak lagi kacak dengan ikhlas ingin bercerita sedikit. Seikhlas sekacak hati aku.

Aku pasti kamu sendiri tidak tahu yoga itu apa bukan. Kamu kan rakyat biasa, apa kamu tahu. Sikit-sikit mahu mengundi. Sehati berdansa la, afundi la, apa-apa la rancangan menuju kebodohan itu. Suruh mengundi pilihanraya tak mahu pulak. Tapi jangan cepat melatah. Sabar. Kembali pada topik asal. Kau semua kena baca betul-betul. Keluar sahaja fatwa, terus melatah. Kau ingat ini pesta melatah kah?

Untuk pengetahuan semua, Yoga ada tiga peringkat. Pertama, senaman fizikal. Kedua, mantera dan pemujaan untuk ketenangan. Ketiga barulah penyatuan dengan Tuhan. Diulang suara, Tuhan. Tidak disebut agama apa sekalipun disini.

Jadi seperti kamu yang was-was, kamu-kamu semua buat sampai pertama cukuplah. Tidak apa. Dibenarkan. TETAPI adalah tidak digalakkan kerana senaman fizikal ini somehow* bercampur aduk atau sebahagian dari keseluruhan ritual yoga. Jadi, kalau kamu buat sampai nombor satu saja, tak apa. Tapi, kalau sudah campur aduk dengan kedua dan ketiga, itu haram. Ingatlah.

Baru-baru ni, sudah tersebar ke saentero tanah melaya, ada pihak dengan pasti kepala otak tok nenek mereka mengatakan yang kasut crocs itu haram sama sekali untuk dipakai. Bukan nak backup siapa-siapa, aku pun pakai kasut ASADI aja, kalau ada duit lebih dan nak up sikit, aku beli BATA.

Aku cuma tunggu isu ini masuk Buletin Utama TV3. Mungkin selepas itu, pak-pak mufti Malaysia bermesyuarat samada mahu bakar semua crocs yang mereka ada atau tidak. Dalam hati, nak aja aku shoot kepala sorang-sorang yang sengaja menumpang populariti syarikat kilang kasut ini, kononnya ada seakan-akan kalimah tuhan kita di kasut itu. Inilah manusia, imaginasi yang terlampau dan melampau. Contoh? Pramugari Terlampau. hihi. Lagi satu, mereka bajet macam hebat dalam segalanya. Dengan pasti mengatakan itu dan ini tanpa selidik. Terpulanglah.




P/s. Aku tak tahu perkataan melayu untuk *somehow. Maklumlah, aku kan moden dan this may sound stupid if I speak in malay.

Fuck.

No comments:

Post a Comment

terangsang?