13 May 2012

Semangat pagi

Pap. Aku terjaga. Mata masih belum lagi buka sempurna.
Aku tengok jam dengan kelip mata laju-laju. " Ah sial, tinggal 15 minit lagi.. "
Van ke kampus jalan jam 6.30 pagi waktu tempatan. Kuliah start jam 7.00 pagi. Itu rutin.
Kalau lambat sikit, memang kena tinggal. Aku terus lompat dari katil.
Jalan serupa orang mabuk lepas minum todi tapi dengan langkah cepat.
Capai tuala, ambil perkakas mandi, terus pergi bilik air.
Mandi dengan 9 kali gayung itu dah terlalu cukup untuk masa yang semakin terhad.
Sabun badan, gosok gigi, syampu kepala dan lain- lain semua aku buat serentak.
Multitasking orang perak cakap. Otak kanan dan kiri aku memang power kalau bekerja sekali gus.

Habis mandi, keringkan badan berdiri depan kipas angin dengan kelajuan maksimum.
Pakai baju siap semua, rapikan rambut guna tangan. Sikat terlalu mainstream bagi aku.
Baju tuck in kasi smart. Memang hensem. Tali kasut kulit hitam yang aku pakai, aku ikat dengan kemas.
Aku turun tangga dengan langkah dimulakan dengan niat mahu menuntut limu.
Itu pesan ustaz masa sekolah agama rakyat dulu. Baru diberkati katanya.

Sampai bawah aku terus tengok jam, pukul 6.25 pagi. ngam-ngam lagi 5 minit.
Driver van pun belum sampai lagi. Aku tersenyum puas.
Duduk tunggu kat ruang tamu. Bukak tv ada kartun disney, Handy Manny.
Tapi sudah alih bahasa dalam bahasa Indonesia. Layanlah sekejap.
Tak lama kemudian, tiba-tiba aku rasa macam ada sesuatu yang tak kena.
Kepala aku ligat berfikir, congak dan kira-kira.
" Ish, tak boleh jadi ni.. " kata aku sendirian.

Aku cepat-cepat off tv. Berlari naik tangga balik masuk dalam bilik.
Pintu bilik aku hempas tutup dengan kuat sebagai tanda protes. Bang!
Baju masih lagi tuck in, dan berstokin terus landing atas katil.
Air-cond aku kasi suhu paling rendah dan aku tarik selimut tutup menyelubungi.
Dalam hati masih sumpah seranah.

*****

Apa kejadahnya pagi-pagi hari ahad macam ni ada kuliah? Lancau betul lah.