Okay, misalnya kau duduk di sesuatu tempat. Kerusi di sebelah kau kosong.
dan ada seorang gadis duduk di sebelah sebelah kau, yakni di sebelah kerusi kosong itu.
Niat dalam hati mahu menegur,
Tapi kau ragu-ragu mahu mulakan perbualan. Jangan risau.
Serahkan pada yang pakar.
Kau : Ehem ehem.. (untuk tarik perhatian si gadis) Hai awak, sorry la kalau kacau..
Si gadis : Err, ye ada apa? (ini menunjukkan respon yang baik, masa depan kau amat cerah!)
Kau : Awak kalau boleh jangan duduk lama sangat kat kerusi tu.
Si gadis : Eh, habis tu saya nak duduk kat mana kalau macam tu?
Kau : Alaa, sebelah saya ni kan kosong, awak pindah je la duduk sini.
Si gadis : Ish, tak mau lah saya. Kenapa pulak?
Kau : Saya takut awak dikerumuni semut nanti. Sebab.. awak gadis yang paaaaling manis pernah saya jumpa.
Aauuwww!
Oh ya, antara respon yang tidak dapat dijangka. Mungkin si gadis tersebut akan terus melompat duduk di sebelah kau, dan tanya;
" Bila awak nak masuk meminang saya? Jari manis saya ni sudah sedia untuk disarung cincin oleh seseorang tau..."
Hati-hati.