Aku baru balik dari pejabat pos. Ini pasal barang yang aku nak pos kena tahan dengan imigresen Indonesia. Kata mereka, barang yang menuju ke Malaysia akan di buat pemeriksaan lanjut, dicurigai mengandungi bahan-bahan yang merbahaya. Fuck. Apa kejadahnya? Warga Indonesia, kamu-kamu semua memang gelabah tak tentu pasal. Jelas, kebodohan jelas terpancar disitu. Aku sabar sahaja, dalam hati sudah sumpah seranah.
"Aku kasi bom betul-betul satu pejabat pos ni baru lu orang tauu..cibai."
Untuk pulang ke rumah, aku kena naik betor (beca bermotor). Pilih beca yang cantik-cantik sikit lah. Spring punya seat, vizor kaler-kaler pelangi, ada siap bunga-bunga lagi. Tuu dia sekali pandang, macam kereta berhias la haii. Baru selesa ye tak?
Dalam perjalanan, pak beca tanya
"Abang orang mana, Acheh?"
Masa tu, jalan tengah meriah dengan bunyi-bunyi hon kereta, angkut, dan sebagainya. Celaka punya bising.
"Hmm.. orang Malaysia."
"Apa? orang Indonesia?" tanya pak beca lagi, beliau kurang kedengaran. Aku syak beliau pekak.
"Err.. saya orang Singapura!"
"Ooohh,, orang Singapore rupanya. Ngapain di medan sini? Kuliah ya?"
"Iya..kuliah disini, fakultas kedokteran USU, semester ketiga." jawab aku dengan yakin sekali.
"Wah, jadi dokterlah nanti ya? Baguslah" kata pak beca.
Aku tersenyum tersipu-sipu. Sambil aku menawarkan kuih yang aku beli ditepi jalan sebelum aku tahan dia tadi. Dia cuma mengelengkan kepala. Sudah kenyang katanya. Lantas dia bertanya lagi;
"Di Singapore itu, antara negara yang maju bukan? Sama aja dengan Malaysia. Bangunan tinggi-tinggi, lingkungan bersih dan teratur. Beda kali sama Indonesia, kotor, macet sana-sini, rakyatnya nggak terurus. Iya kan?"
"Nggak tahu la pak.. sama aja rasanya." ujar aku.
Dalam hati, baguslah wahai orang tua, sekurangnya kau sedar negara kau macam mana.
"Asal Singapore bukan? dimana?"
Ahh sudah.. habislah temberang aku. Jahanam.
"Err..dekat-dekat dengan Johor di Malaysia itu. Bapak tahu?" aku menjawab tanpa berfikir, cuba mengunakan ayat pancing dan berharap berlakunya keajaiban.
"Oohh..bapak tahu! yang dekat-dekat dengan Pulau Pinang itu ya?"
"Haaa..ya pak, betul-betul!" aku mengiyakan aja dengan bersungguh-sungguh.
Dalam hati, fuh! sikit je lagi. Wahai orang tua, konfiden betul kau kan.
Pak beca ajak borak lagi, aku pun layan. Kasihan pula. Mulut beliau pot pet pot pet. Aku cuma angguk-angguk geleng-geleng. Dengan gaya slang ala-ala slang Malaysia. Bajet macam lah aku tak boleh nak tangkap kalau dia cakap bahasa Indon. Wahai orang tua,, kau sungguh lucu sekali.
Oh ya, berbelit-belit juga lidah beliau.
"...Orang Singapure lagi bagus dari orang Malaysie. Mereke tak banyak komplen. Tak macam orang Malaysie. Sikit-sikit nak komplen, nak bergaduh aje. Sebab tu, negare Malaysie terkenal dengan 'negara komplen'.."
"...Orang-orang Malaysie semuanye sombong, tak macam orang Singapure.."
Mungkin beliau teguh kepada prinsip Ganyang Malaysia dan mahu menunjukkan nusabangsa Indonesia lebih bagus. Tiba-tiba semangat nasionalisme aku terus membara! Terasa seperti mahu cari buluh runcing kasi sodok bontot pak beca yang itu sampai mati. Oh, agak kejam.
Sudah sampai di depan rumah, tanya pak beca berapa harga bayaran.
" Pak, berapa pak?"
" Hmm.. dua belas ribu (rupiah) ajalah." jawab beliau
Aku hairan, kenapa murah sangat. Selalu paling kurang pun, dua puluh ribu melayang. Wow! ini sudah sangat bagus. Terima kasih wahai orang tua.
Aku pasti, kalau orang Malaysia yang pak beca ni bawa, mesti kena ketuk duit kaw-kaw punya. No mercy. Mungkin lain kali di lain waktu, teknik ini akan diguna pakai tanpa ragu-ragu. HAHA!
Aku bukan nya malu mengaku anak Malaysia, cuma di negara ini yang penuh dengan orang pelbagai ragam, tidak jelas tujuan hidupnya selain dari mahu mencari keganasan dan kesalahan dengan negara jiran yang lain, diri sendiri kenalah pandai-pandai hidup bukan?
Lain kali, aku ingat nak jadi mamat orang putih aja lah. Sebab ramai orang cakap, muka aku dah nak seiras dengan
Zack Efron. 99% sama. Muka bersih, suci dan jambu. Aku serius okay. Apa sengih-sengih?
Aku cepat-cepat bayar dan berjalan pergi. Sempat toleh tengok muka pak beca tadi. Muka beliau seperti cukup puas. Mungkin puas kerana seronok mencaci-maki Malaysia di depan 'orang Singapura'.
"Terime kasih yee.. teng kiu (sambil cuba cakap loghat omputih) " ucap pak beca.
Aku cuma menjawab.
"You are welcome..you suck ass bastard " sambil senyum sinis.
Pak beca membalas senyuman, mungkin beliau sekarang sudah suka sama 'orang Singapura', peramah, tak macam orang Malaysia. Kamu-kamu lah! kamu orang Malaysia kan? oh, saya?
Saye bukan orang Malaysie ler, saye orang Singapure.