Mood: Tergedik-gedik (i i you you)
Temperatur sekitar: Suhu rectum, panas macam sial.
Lagu faveret minggu ini: Oops! i did it again - Britney Spears.
You all nak tahu tak? Sejak i study kat Medan ni, dah nak dekat 8 bulan tau, pejam celik pejam celik pejam dan celik, sekejap aja. I macam tak percaya pula tau. Hmm maybe i sibuk sangat menelaah pelajaran, pergi kuliah, perbincangan masalah pembelajaran disana-sini, melayan awek-awek indon yang cuba nak tackle i, dan macam-macam lagilah. Bila malam pula, pergi masjid berdekatan untuk menunaikan solat maghrib dan isya' berjemaah. Masa memang terasa singkat. Apatah lagi mahu berfoya-foya, memang tiada masa okayyy. Inilah, sibuk sangat mengejar hal-hal akhirat.
Lagi satu, i nak story sikit kat you all, i ni jenis yang jarang-jarang ponteng kelas, bukan nak masuk bakul dan angkat sendiri, memang i suda terbiasa.. dari kecil dididik dengan cara begini. Laen lah macam you tuh.. (Sapa yang nak rasa pedas, makanlah cili). I rasa baru sekali tak pergi kelas, itu pun sebab hal yang tak dapat i nak elakkan, bukan sebab bangun lambat, kena tinggal van, ataupun suda nawaitu dalam hati dari awal lagi memang tak mahu pergi. Itu you lah, perangai i bukan macam tu. Ish, apa lah you ni. Teruk betul!
I tak masuk kelas pun sebab terlambat sikit aja, masa tu pintu kelas sudah tertutup buat i, kecewa betul you.. Ini semua sebab gara-gara tolong sorang mak cik tua ini menyeberangi jalan, takpelah i tak kesah pun, i kan lelaki budiman, so sifat i memang macam nie, baek hati. You tak perlu nak hairan pula.
Ini cerita betul, i tiada nak gebang-gebang atau nak kencing-kencing orang, you all pun kenal i kan? I seorang yang penuh dengan kejujuran dalam semua perkara. Percayalah..
Serious, i tak tipu.
Kot.
haha..respek aa sama lu apai!!
ReplyDeleteohh nub,
ReplyDeletedah lama orang tak panggil aku nama apai..rindu sekali.
gua percaye lu der.. lu kan orang yang paling rajin ke class. ;DD
ReplyDeleteerr aku pun rasa macam tu juga. :D
ReplyDeletegua mcm nak kasi terajang ja sama lu bla tgk entry ni. amboi3
ReplyDeleteahh.. orang yang dengki memang selalu begitu. kih kih kih
ReplyDelete