30 April 2010

Tumbuk Rusok

Penulis yang kacak bergaya ini bukanlah seorang pelajar jurusan sosio politik, tak pernah ikut dengar ceramah parti-parti politik, tak pernah langsung berkempen disana-sini apatah lagi memancing undi, Tapi! memancing aweks pernah lah. Sekadar mahu berkongsi, aku rasa semua manusia sudah tahu,di dalam apa agama sekalipun, rasuah dianggap boleh meruntuhkan moraliti manusia selain dari penzinaan. Begitu juga dalam Islam, pemberian rasuah adalah sama dosanya seperti penerima rasuah. Sama-sama berdosa.

Demikian juga dalam undang-undang negara. Pemberi dan penerima boleh didakwa di mahkamah. Kecuali jika urusniaga rasuah tersebut adalah sebahagian dari pelan-pelan agung BPR *bukan bumiputera rockers* . Ada kes dimana pemberi rasuah itu dengan sengaja memerangkap penerima rasuah tersebut. Terima kasih kepada media. Cuma kau orang, jika boleh gemburkanlah sedikit kes-kes sebegini. Letaklah di muka surat depan. Maklumlah rakyat Malaysia lebih mengutamakan berita Mawi membela anak kucing yang baru atau kucing beliau jatuh sakit akibat kurang perhatian. Ini kisah Mawi jalan-jalan naek kuda pun masuk! Ada ka patut? Maaaacam cibai. Jarang untuk terperasan berita-berita yang kecil seperti rasuah. Baru ahli-ahli korap dan korup tahu apa akibatnya. Bagi mereka malu sedikit.

Tetapi berlainan pula dengan realiti di negara kita. Mereka lebih suka mendakwa pemberi rasuah. Penerimanya dibiarkan bersuka ria , berjoli katak sakan dengan duit haram. Amboi.. hampas sungguh. Sebagai contoh, pilihanraya MT parti pemerintah. Kenapa hanya pemberi sahaja yang kena. Kenapa pemberi sahaja yang menjadi mangsa mahkamah. Penerimanya ke mana pula?

Cuba kau fikirkan….kenapa ya?

Jika penerima-penerima rasuah juga didakwa sama, habis jahanam punah lah parti. Habis hancur satu parti, semua kena dakwa, sampaikan ahli-ahli  yang tukang menampal poster atau tukang laung pun kena dakwa. Mereka mungkin terpaksa mengadakan satu lagi perarakan politik untuk menarik ahli baru. Kempen ‘ahli keluarga-cucu cicit ku Ahli Parti’ akan bermula.

Sebenarnya pemimpin kita bijak. Sumpah bijak. Tahu sahaja dimana lubang-lubang duit. Bijak dalam hal-hal duit. Wang perbelanjaan yang dijimatkan boleh digunakan untuk membayar artis-artis popular seperti Mawi (mawi lagi? wtf) yang akan dijemput untuk memeriahkan sambutan ulangtahun parti atau majlis-majlis  yang dianjurkan kerajaan. Mereka amat tahu dengan isu kehausan rakyat negara kita terhadap hiburan-hiburan. Mungkin selepas ini ada pertandingan seperti Parti Idol untuk menunjukkan mereka mempunyai citarasa yang sejajar dengan rakyat. 1 Malaysia. Sekaligus, terbukti kepekaan mereka terhadap kehendak citarasa rakyat. Peka sungguh parti pemerintah.

Masa yang dijimatkan boleh digunakan untuk memasak dodol durian berperisa strawberi yang terbesar di dunia bagi menarik pelancong dari timur tengah yang semakin syok gila-gila untuk berbelanja di Malaysia. Dengar-dengar gosip, mereka tidak punyai kebebasan yang secukupnya untuk berbelanja di negara mereka sendiri. Tidak hairanlah, berpusu-pusu pelancong dari negara-negara arab bersekutu mahupun tidak bersekutu datang ke sini. Yang peliknya dikatakan mereka berasal dari negara Islam, lagi pelik bila melihat rakyat mereka. Perempuannya berpurdah, tutup habis semua, hanya nampak mata sahaja. Lelakinya pula mesti memakai seluar pendek sambil memegang kamera digital yang paling mahal yang ada di pasaran. Okay, yang ini memang takda kaitan.


( narasumber; Google )


Adakah isu menarik lebih banyak pelancong lebih penting dari masalah rasuah? Janganlah nanti sudah jadi macam negara India, China, atau Indonesia, barulah tergedik nak masukkan isu rasuah dalam agenda RMK.

Malaysia boleh!
Boleh barai…Waspadalah..

2 comments:

  1. aku stuju r weh...

    malaysia boleh barai.

    org da bising,kecoh pom pam pom pam sna sni,kerajaan mcm buta je..

    buta mata n buta hati.

    lmbt laun terbalik la Malaysia ni...

    syabas inspektor sahab !

    ReplyDelete
  2. takkan rasuah hilang di muka bumi malaysia.

    ReplyDelete

terangsang?