27 April 2010

Tribute to Ayah Pin.

Aku kehabisan modal. Aku sebenarnya mahu bercerita mengenai bomoh yang mendapat pelbagai gelaran. (ie: Ayah Pin). Ada yang mengaku Al hafiz, Prof, Dr, Tok Sakti …yang peliknya komuniti kita mudah mempercayai mereka berserta gelaran-gelaran mereka. Bukan susah untuk mengesahkan samada gelaran-gelaran itu benar atau tidak.


"Kiss me baby.." kata Papa Pin.


Kalau beliau mengaku Tok Sakti, suruh aja dia sembuhkan orang yang buta atau pekak tuli..takpun sembuhkan aja orang yang kena AIDS.. kalau mengaku Al Hafiz, suruh beliau membaca beberapa surah dari Quran. Hendak tahu beliau ni Prof/Dr., telefon atau minta alamat universiti dimana beliau mendapat gelaran tersebut untuk membuat pengesahan.

Kembali kepada topik asal. Mereka yang sibuk mencari bomoh untuk apa juga tujuan sangat-sangat bangang dan layak untuk ditipu. Kadangkala terfikir herdikan seperti ‘takda otak ka?.. ke otak kat lutut nih..’ membawa maksud yang jitu dan tepat sekali bagi mereka-meraka itu.

Kalau lambat kahwin, mulalah tergedik-gedik pergi jumpa bomoh. Bomoh suruh kangkang, dia kangkang.
Bomoh kata, itu salah satu treatment yang harus ada. Si pasien, angguk-angguk buat kepala tahu, tanpa berfikir dan terus ikut.

"Tok.. saya ada masalah, dah lama saya hidup membujang, bilalah saya nak kahwin ni, kalau asyik maen dengan vibrator, bosan la. Tok tolonglah saya.. Please, please, please.."

Suami kahwin lain, jumpa bomoh. Bomoh suruh tonggeng, dia tonggeng. Bomoh ajak romen, selamba-tadah tanpa ragu-ragu. Kalau lemah tenaga batin, jumpa bomoh. Apa kau ingat bomoh itu super human ke? Entah entah si tok bomoh ini pun lemah tenaga batin juga, diri sendiri pun tak terubat. Seriously, semua ini macam tahi (shit). Janji dapat kahwin. Janji dapat balik suami. Janji suami puas. Itu dan ini pelbagai alasan. Memang mangkuk dan ayun sungguh masyarakat kita.

Tahukah kau yang kebanyakan mereka-mereka iaitu pelanggan para bomoh adalah ahli politikus dan kaum wanita? Mana aku tahu? Kau jangan banyak tanya. *penulis kacak ini bukan anti wanita, buktinya? beliau hati gadis*
Dan tahukah kau yang Tok Bomoh itu sebelum mendapat ilmu sakti (kononnya sakti) adalah penjual burger biasa di tepi jalan yang meminati lagu-lagu Mawi?

"Bang, bagi burger daging double spesial satu.. tak mau letak sayur, sos cili bagi lebih sikit ye bang. erm lagi satu bang,tak mau letak sos tomato tau.. "


Ayah Pin, lebih baek kau jadi penjual burger. Untung pun untung, daripada kau menyesatkan orang tak tentu pasal. Dasar jahanam.

No comments:

Post a Comment

terangsang?