02 April 2010

Koneksi Observasi (konek & madu)

Setelah beberapa entri blog aku yang lalu mempunyai isi yang agak serius, aku mengambil keputusan untuk menulis kali ini setelah melakukan observasi yang agak mendalam. Entri kali ini adalah untuk bacaan dewasa sahaja. Dan khas kepada sesetengah perempuan. Kepada yang bawah umur, sila pergi menonton televisyen sekarang. Aku tidak jamin dengan pencemaran minda kau jika kau ingkar arahan penulis kacak ini.

Pada pendapat aku, dalam dunia ini orang melayu adalah golongan manusia yang agak istimewa. Kenapa? Kerana mereka mempunyai daya imaginasi yg amat-amat tinggi tentang seks. Mereka juga merasakan mereka mempunyai konek yang paling hebat di dunia. Cuba kau curi dengar perbualan lelaki-lelaki Melayu dimana sahaja baik yang muda atau yang tua. Nescaya kau akan terdengar mereka bercerita sama ada secara berbisik atau secara terbuka tentang seks. Paling tidakpun bercerita tentang keseksian gadis atau awek yang terlintas di depan mereka.Cubalah tengok.

Bak kata orang-orang tua, madu adalah ubat atau makanan terbaik untuk seks. Begitu juga pendapat orang melayu. Jangan peduli tentang hadis atau fatwa yang mengatakan madu adalah penghalang penyakit jika diamalkan berterusan. Jangan peduli juga ayat-ayat  Al-Quran tentang kebaikan madu lebah kerana yang lebih penting untuk mereka adalah bagaimana madu lebah yang dimakan akan mampu membuatkan konek mereka segagah KLCC (kesilapan contoh, KLCC ada 2 menara) Erk maaf.. segagah menara KL Tower.

Jangan pula kau cari orang yang makan madu bersama sanak saudara atau kaum keluarga. Kau takkan jumpa sebab mereka segan. Kenapa segan? Ini adalah kerana madu adalah makanan orang yang telah bernikah atau dengan kata yang lebih sopan, madu adalah makanan untuk orang yang telah dan akan berseks. Kalau kau perasan, mereka juga akan menyorokkan botol madu dengan lilitan suratkhabar jika mereka membelinya dari lelaki tua di pasar malam yang selalu kau lihat kehulu hilir membawa botol-botol berisi madu yang diikat dgn tali rafia.

Lelaki-lelaki yang menjual madu ini jangan pula dipandang rendah. Mereka ini amat pakar tentang konek dan madu. Tanya sahaja tentang kelebihan madu jualan mereka, pasti mula-mula sekali dia akan menerangkan mengenai kehebatan tenaga batinnya setelah memakan madu. Dan akhir sekali sebagai penutup kepada kata-kata iklannya, dia akan menceritakan betapa gagahnya beliau semasa berkamasutra. Damn.

Pucuk pangkalnya, orang-orang sebegini juga akan makan apa saja demi untuk kekuatan konek mereka. Jika dikatakan dengan memakan bangkai kucing sekalipun mereka akan memakannya. Semuanya adalah kerana seks. Kalau tidak benar, kenapa ada banyak iklan-iklan tepi jalan yang menyediakan khidmat berkaitan dengan lemah tenaga batin? Tok Selamat la, Obat kuat Pak Mat, Tok Kadung la…semuanya menjanjikan penambahan kuasa kuda pelanggan yang rata-ratanya adalah miang dan sudah tua.

Kehidupan orang-orang sebegini pula 24/7 (24 jam sehari seminggu) berkisar tentang seks. Mereka bercakap mengenai seks dimana saja. Yang lelaki akan bercerita atau membuat lawak (double,triple meaning jokes) berkisar tentang seks. Yang perempuan pula, tersenyum simpul sahaja mendengar jenaka itu sambil memikirkan ‘kebuasan’ laki mereka di ranjang (atau mungkin di atas meja makan dan sinki dapur).

Orang yang sebeginilah juga yang pertama menggeleng kepala apabila terdengar berita mengenai gadis bawah umur dirogol. Memang cukup bersemangat hendak mengetahui bagaimana gadis itu dirogol. Terima kasih lah kepada media sekarang yang lebih terbuka sanggup menceritakan secara terperinci tanpa segan silu. Mereka geleng kepala bukan kerana kasihan fikirkan nasib mangsa. Mungkin mereka fikir mereka rugi kerana mereka tidak berada di tempat kejadian untuk menunjukkan kuasa kuda mereka.

Mugkin kau terfikir kenapa kali ini aku agak ekstrim. Tetapi sebagai lelaki yang kacak dan ‘gagah’, aku rasa aku perlu sangat-sangat menulis tentang perkara isu ini memandangkan betapa pentingnya isu di dalam masyarakat kita. Nasihat kepada lelaki - Buang semua seluar dalam kau! Beri ruang untuk ‘adik’ kau bernafas! dan paling penting, semat dalam otak kau, buka jugalah minda kau supaya jangan asyik bercerita atau berfikir tentang seks sahaja. Aku sudah naik jijik.


Sekian dari penulis yg kacak serta tenang ini.

No comments:

Post a Comment

terangsang?